nuffnang ads

Selasa, 17 Mei 2011

Donald Trump batal hasrat rebut jawatan presiden


Bilionair hartanah Donald Trump (gambar) menggugurkan hasrat dan tidak akan turun gelanggang pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) tahun depan.

Hos program TV realiti “Celebrity Apprentice” ini berkata keputusan itu dicapai selepas pertimbangan “berhati-hati dan renungan” susulan kempen tidak rasmi sejak beberapa minggu lalu.

“Saya kekalkan keyakinan kuat saya bahawa jika saya bertanding, saya boleh menang pusingan awal dan kemudian pemilihan (nasional),” kata Trump dalam satu kenyataan semalam dipetik Reuters.

Trump mendakwa beliau belum bersedia untuk meninggalkan sektor swasta untuk merebut peluang ke White House.

Sejak beberapa bulan lalu tokoh perniagaan ini mempersoalkan sama ada Presiden Barack Obama lahir di AS.

Laporan media minggu lalu menyebut sokongan populariti berhubung hasrat beliau bertanding jawatan itu menurun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan