nuffnang ads

Ahad, 15 Mei 2011

Angka 7


7 hari seminggu..
masa berlalu..
pantas bak arus..terlalu ukas..
meninggal debu sejarah di belakang ku..dan kalbu
7 hari ini
cuma detik biasa yang menuruti dan mengganti ketul ketul usia kehidupan

7 petala bumi..
berdiri sejak azali untuk menyaksi
seribu situasi sejak zaman adam ke era IT
bumi berkerak yg menunggu tiupan sangkala utk rebah
atas nama kiamat..

7 petala langit..
mana kayangan?
alam fantasi para dewa dewi..
mana puteri yg bersiram di kolam bakawali
yg terlena dengan nyanyian cenderawasih di alam mimpi pawana...

7 daratan..
benua pun memisah..membahagi insan mengikut ras..
memberi warna untuk berpecah
lalu semua memandang dan menjuih sesama sendiri
seolah mereka lah yg sempurna

7 lautan
biar pun pasifik mau pun cina selatan
laut menyimpan rahsia bak bermuda
mitos yg masih setia menyimpan teka teki di perut nya..
dari ombak kecil yg sujud di pantai ke wajah ganas sang tsunami..

7 warna pelangi..
kegembiraan mentari selepas hujan..
bila cahaya bersenda sesama sendiri..
ingin rasa nya ku meniti jalur kembar ini
untuk menjengah alam yang masih basah ini..

7 wajah seiras..
di mana kamu yang lain?
di mana 6 lagi diri ku..
benarkah semua ini?
Atau 1 lagi dongeng warisan
menjadi hiburan kebudayaan dari turun temurun..

7 jenis bunga..
bersama serapah dan geluk air
ku jadikan penawar dengan isian sekelumit doa..
menarik dan menghembus mentera semerah padi
buat keamanan dan ketenangan..

7 keturunan
bak sumpah mahsuri..
meminta pulau menjadi padang permainan tekukur
sehingga lang itu datang hinggap di atas kawi
Lalu bangun lah pulau ini dari mimpi ngeri

7 keajaiban dunia
dari babylon ke tembok besar..
dari piramid ke taj mahal..
manusia IT patut cemburu pada teknologi silam
Arkitek tanpa sijil ini memahat nama buat kita melopong untuk 1000 tahun lagi..

7 pintu syurga
mimpi buat semua......
di mana sungai yg mengalir adalah madu dan susu
bertemankan para anbia
alam pawana buat yang memilih kebenaran dan suruhan

7 pintu neraka
makanan nya adalah bara api..
hidup untuk di salai dan di salai
terbakar dan terus di bakar
di mana sedetik itu bersamaan dgn 1 kurun

NOTA - Sajak ini di cipta satelah memikir kan yg angka 7 ada byk persamaan dan kpercayaan dgn hidup kita,di mana org skrg memilih tarikh yg berkaitan dgn angka utk berbuat sesuatu seperti pkahwinan dll.. dan sajak ini di olah semula utk anda semua.ini adalah antara sajak kesukaan saya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan