nuffnang ads

Sabtu, 23 April 2011

Lelaki


Benar,pada setandan buah tidak semua buah baik
tapi benar..pada setandan tidak juga semua nya busuk..

Apa salah lain kerbau?
jika cuma 1 yang terpalit lumpur..

Dan apa salah susu?
jika rosak kerana nila yg dititik dari luar?..

Benar..Attilia the hunt yg ganas itu lelaki
tapi benar juga nabi2 itu juga lelaki..

Benar..Casannova sang penipu itu lelaki
tapi benar juga yg membina taj mahal sebagai tugu cinta itu lelaki

Benar..Tun Teja tertipu kerana Hang Tuah itu lelaki
tapi benar..Samson yang tertipu dengan Delilah juga lelaki...

Jika Laila merana,Majnun juga merana
Jika Juliet menderita,Romeo juga sengsara..

Lalu kerana sekelumit derita hadiah dari lelaki
jangan mengguna warna sama pada semua..

Tanpa rerama apa lah guna wangian bunga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan