nuffnang ads

Selasa, 19 April 2011

E-mel 1 Malaysia bukan wajib

Kerajaan menjelaskan bahawa ia tidak membiaya usaha penyediaan akaun e-mel 1 Malaysia bagi mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas,malah ia juga bukan sesuatu yang diwajibkan kepada rakyat negara ini.

Bagaimanapun persoalan masih kekal tidak terjawab bagaimana Tricubes Berhad,yang berhadapan dengan kemungkinan dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia ekoran masalah pematuhan peraturan kewangan,akan membiayai projek tersebut.

“Alamat e-mel 1Msia bukan wajib bagi kesemua rakyat Malaysia.E-mel 1 Msia adalah inisiatif diterajui swasta,oleh Tricubes (Berhad),dengan pelaburan daripada syarikat dan bukannya kerajaan,”kata Pemandu menerusi mesej Twitter etp_roadmap petang ini.

Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek,Pengarah Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur,Perkhidmatan Bisnes NKEA berkata,akaun e-mel,sebahagian daripada penyelesaian digital RM50 juta bagi perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan akan membolehkan mereka yang berminat memiliki satu alamat yang boleh divalidasi bagi memastikan transaksi yang selamat dengan agensi-agensi kerajaan.

Penjelasan Pemandu juga menimbulkan persoalan mengenai aliran hasil Tricubes dan sama ada rakyat Malaysia akan merasakan perlu untuk menandatangani alamat e-mel 1 Malaysia.

Pagi tadi,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa syarikat itu akan menyediakan akaun e-mel bagi komunikasi rasmi dengan kerajaan.

Bagaimanapun pembangkang dan ramai rakyat Malaysia memperlekehkan usaha itu atas alasan dana bagi tujuan itu seharusnya digunakan bagi perkara-perkara membantu mereka yang sangat memerlukan sokongan.

Perkhidmatan e-mel 1 Malaysia adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi Najib untuk mencapai status negara maju menjelang 2020

Tiada ulasan:

Catat Ulasan