nuffnang ads

Jumaat, 10 Jun 2011

Tony Fernandes antara 10 individu paling kreatif di Twitter


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada 10 Individu Paling Kreatif di Twitter oleh edisi dalam talian majalah perniagaan FastCompany, FastCompany.com yang berpangkalan di New York.

Tony (gambar) disenaraikan pada tangga ke enam dalam edisi Jun majalah itu.

Mengungguli senarai adalah Hos American Idol dan personaliti radio, Ryan Seacrest, lapor Bernama Online hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tony, yang merupakan pengasas bersama Tune Group dan pengetua Team Lotus berkata: “Saya berbesar hati untuk berada dalam senarai 10 teratas, terutamanya untuk menjadi satu-satunya dari Malaysia dan Asia Tenggara untuk diberikan penghormatan ini.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan