nuffnang ads
Ahad, 15 Mei 2011
Manchester United juara BPL
Manchester United dimahkotakan juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19 hari ini selepas Wayne Rooney menjaringkan gol penalti untuk mengakhiri pertemuan dengan Blackburn 1-1 di utara England, hari ini.
Ia hanya perlu seri untuk membawa balik gelaran itu.
Pasukan itu hanya memerlukan satu mata untuk menguasai gelaran itu, sekali gus mendahului Liverpool yang pernah memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak 18 kali.
Suasana cemas kelihatan di wajah pasukan itu dan peminat-peminatnya apabila gergasi tersebut ketinggalan 0-1apabila Brett Emerton menyumbangkan gol Blackburn selepas 20 minit perlawanan.
Rooney menyamakan kedudukan pada minit ke-73 menerusi tendangan penalti.
Manchester United kini mempunyai 77 mata daripada 37 perlawanan manakala Chelsea pula 70 mata dengan ketinggalan dua pertemuan untuk disempurnakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan