nuffnang ads

Ahad, 29 Mei 2011

Barcelona julang Liga Juara buat kali ke-4


Barcelona yang gemilang, dengan inspirasi bintang mereka Lionel Messi, mempamerkan aksi menakjubkan untuk menundukkan gergasi England Manchester United (MU) 3-1 bagi menjuarai Liga Juara dan menjulang piala Eropah itu buat kali keempat (awal pagi tadi, waktu Malaysia).
Gol disumbat yang oleh Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan David Villa menggambarkan penguasaan pasukan Sepanyol itu terhadap MU, yang baru-baru ini dimahkotakan Liga Perdana Inggeris buat musim ke-19.

Pasukan itu turut mengatasi MU pada pertemuan akhir dua tahun lalu di Itali.

Meskipun Wayne Rooney dapat menjaringkan gol persamaan di separuh masa pertama tetapi gagal menghalang Barca daripada memperoleh kemenangan ketiga piala Eropah itu dalam enam tahun.

“Mereka yang menonton boleh melihat bahawa kami bukan sahaja menang tetapi menunjukkan permainan sungguh cemerlang,” kata jurulatih Barcelona Pep Guardiola.

“Kami sangat gembira tetapi untuk menang satu Liga Juara memaksa kami memperlihatkan usaha mendalam,” katanya.

Pengurus MU Alex Ferguson pula berkata: “Kami ditewaskan oleh pasukan hebat tetapi saya (sebenarnya) telah mengharapkan untuk melakukan usaha yang lebih baik.”

“Tetapi pada akhirnya kami perlu mengakui bahawa kami ditewaskan oleh sebuah pasukan hebat. Saya merasakan ia adalah pasukan terbaik kami pernah hadapi,” katanya lagi.

Permulaan perlawanan kelihatan berulangnya pertemuan 2009 di mana MU merampas setiap gerakan tetapi akhirnya seperti di Rom juga, Barcelona akhirnya menguasai gelanggang.

Rodriguez menjaringkan gol pertama Barcelona pada minit ke-27 sebelum disamakan oleh Rooney tujuh minit kemudian.

Dua gol kemenangan Barcelona disumbangkan oleh Messi dan Villa pada minit ke-54 dan ke-69.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan