nuffnang ads

Jumaat, 1 April 2011

Tarian poco-poco haram.


Pada 30 Mac 2011, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah mengesahkan bahawa tarian atau senaman Poco-poco adalah HARAM. Mungkin dah ramai yang tahu pasal poco-poco ni haram, tapi lagi ramai yang belum tahu sebab mereka masih lagi berpoco-poco waima untuk suka-suka sekalipun. Dari mana asal poco-poco, apa maksud perkataan tu sendiri, apa kaitannya dengan agama lain?

Ada yang kata poco-poco berasal dari Filipina dan penganut Kristian kat sana memang mengamalkan poco-poco. Ada juga yang cakap ianya berasal dari Sulawesi, diiringi dengan lagu temanya yang popular 'Poco-poco'. Liriknya menceritakan seorang lelaki yang menaruh minat terhadap seorang wanita dari Minahasa.

Dalam bahasa Jamaica, poco-poco bermaksud 'Awak apa khabar?'. Tapi ada beberapa lagi perkataan 'poco' yang berkaitan dengan tarian bebas dalam upacara keagamaan mereka. Mufti Perak menfatwakan tarian ni sebagai HARAM kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

Ada lagi sumber lain menyatakan bahawa tarian poco-poco ditarikan oleh pesawah Irian Jaya ketika mereka sedang menuai padi. Namun walau dari mana dan apa tujuan tarian ni, ia telah pun difatwakan sebagai HARAM bagi umat Islam Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan