nuffnang ads

Khamis, 14 April 2011

Kita yang terlupa


Sesekali aku mau jadi pengingat
untuk diri yang karam dengan berita hangat..
bila sering di kunjungi alpa
aku juga di cop pelupa..
Kekadang ku buang saki makanan
yang pasti di sana akan jadi rebutan
kekadang aku cuma kirim simpati
yang pasti mereka lebih memerlukan roti..
kekadang aku cuma mengucap kasihan
yang pasti hilang bila di ganti lain perasaan..

Aku cuma manusia
dengan gelaran biasa...
dan aku cuma ada kuasa melihat
sedangkan mimpi lain ku sudah tersekat..

Lihat tangan itu yang memangku
tubuh kering yang sudah kaku
dan bila kantung juga tiada susu
harapan hidup turut lesu..

Dan jika masih tidak tahu syukur atas kurnia2
apakah yang kau pelajari dari 1 cerita di dunia?

2 ulasan:

Syafiee berkata...

Kerana kita manusia biasa.

Kadang kala kita terlalu taksub dengan duniawi, hingga lupa dengan mereka yang ada di bawah.

Unknown berkata...

betul tu..bertuah bumi malaysia

Catat Ulasan