nuffnang ads

Selasa, 26 Julai 2011

Reka bentuk baru syiling

semua duit syiling bakal berubah
5 sen..

10 sen..

20 sen..

50 sen..

Sabtu, 23 Julai 2011

Atlantis, the last space shuttle

The space shuttle Atlantis STS-135 lifts off at the Kennedy Space Center in Cape Canaveral, Florida, July 8, 2011. The mission is the last mission in the Space Shuttle programme.

The space shuttle Atlantis is seen docked to the International Space Station with the Earth in the background in this image from Nasa TV July 17, 2011.

The space shuttle Atlantis lands at the Kennedy Space Center in Cape Canaveral, Florida, July 21, 2011.

Space shuttle Atlantis crewmembers stand together after landing at the Kennedy Space Center in Cape Canaveral, Florida, July 21, 2011.

Technicians work on the space shuttle Atlantis after its landing at the Kennedy Space Center in Cape Canaveral, Florida, July 21, 2011.

Space centre workers gather near the space shuttle Atlantis after it was towed near its hangar at the Kennedy Space Center in Cape Canaveral, Florida, July 21, 2011.

Space shuttle Atlantis is towed to its hangar after landing at the Kennedy Space Center in Cape Canaveral, Florida, July 21, 2011

Kereta dipenuhi gambar bintang bola sepak

BIRMINGHAM - Satu kumpulan peminat bola sepak menyertai satu perlumbaan kereta sejauh 3,379 kilometer tetapi kenderaan mereka dipenuhi dengan pelekat yang memaparkan wajah pemain bola sepak, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kumpulan pemain tersebut, Ryan Dugmore, 23, Kelvin Misra, 22, Liam Bull, 22, dan Jack Orton, 23, dari utara Birmingham akan menyertai perlumbaan selama enam hari itu untuk tujuan amal.

Pelekat sebanyak 5,000 keping itu mengandungi wajah-wajah pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Kumpulan peminat bola sepak itu merancang untuk menyapu pelekat itu dengan lakuer bagi memastikan ia kalis air.

Perlumbaan itu akan bermula dari Birmingham, Britain ke Bolougne, Perancis dan menuju ke Itali menerusi Turin sebelum kembali ke Paris.

Pertandingan itu unik kerana kereta yang dinaiki mereka perlu berharga kurang £200 (RM967.99).

Kereta yang dinaiki mereka itu model Ford Escort yang berusia 12 tahun tetapi ia kini memerlukan pembaikan di bahagian alat suspensi.

Usain Bolt edges out compatriot Carter in Monaco


World and Olympic champion Usain Bolt needed a late surge to narrowly beat fellow Jamaican Nesta Carter in the 100 metres with his season’s best time of 9.88 seconds at the Monaco Diamond League meeting yesterday.
Bolt overhauled his compatriot, who also ran his season’s best of 9.90, in the last 15 metres while American Michael Rodgers finished third with 9.96.

“It was not the best start, but I executed well overall,” Bolt told reporters after finding his form in his last scheduled meeting ahead of next month’s world championships.

“My last 60 metres have improved dramatically. I need to work on my reaction time, but I’ve been doing great in training, so I’m just focussing and I feel ready.

“My aim this season is to run 9.7, maybe 9.6. For me, this year it’s about building myself and go into the Olympic season fit and ready. London (2012 Olympics) is the key.”

Bolt set his 100 metres record of 9.58 at the 2009 world championships in Berlin and will defend his title at the August 27-September 4 world championships in Daegu, South Korea.

He will face competition from compatriot Asafa Powell who set a world leading time of 9.78 in Lausanne last month.

Among the others athletes posting world leading times ahead of the worlds were 800 metres world record holder David Rudisha, the Kenyan winning in one minute 42.61 seconds.

Britain’s Mo Farah also set the season’s best time in the 5,000 as he beat American Bernard Lagat in a sprint to the line in a time of 12 minutes 53.11.

In the women’s 200 Carmelita Jeter beat compatriot Allyson Felix, a three-time world champion at the distance, and Shalonda Solomon in an American clean sweep.

Olympic 400 hurdles champion Angelo Taylor held his nerve to defeat compatriot Bershawn Jackson while Britain’s world champion Phillips Idowu won the triple jump with 17.36 metres.

Sabtu, 16 Julai 2011

Pesta gol Liverpool tunduk Malaysia 6-3


Pasukan kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool mengatasi skuad Malaysia dengan mudah – 6-3 dalam perlawanan persahabatan julung kali mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang ini.
Liverpool menjaringkan dua gol terakhirnya pada waktu kecederaan dalam pertemuaan yang agak menarik dan menakjubkan para peminat The Reds.

Jelajah Asia ini merupakan jelajah sulung pasukan dari Barat Laut England itu ke Malaysia.

Perlawanan berlangsung pukul 5.45 petang tadi.

Rabu lalu skuad Malaysia bertemu dengan Arsenal.

Khamis, 14 Julai 2011

Haram wanita memakai loceng kaki


Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

Itu sebabnya ia dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.

Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.

UPSI lancar portal E-Buli bantu mangsa dibuli


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini melancarkan portal E-Buli yang bertujuan membantu mangsa buli dan menangani penularan gejala tidak sihat itu khususnya di kalangan remaja.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Aminah Ayob berkata melalui portal itu masyarakat di negara ini boleh memperolehi maklumat mengenai gejala buli di samping berinteraksi dengan pakar kaunseling yang disediakan UPSI.

“Maklumat di dalam portal itu merupakan hasil penyelidikan gejala buli yang dilakukan penyelidik UPSI sejak 2004,” katanya dipetik Bernama Online.

Aminah berkata bagi remaja, portal itu boleh dijadikan tempat meluahkan masalah yang dihadapi dan mereka boleh berinteraksi secara interaktif dengan pakar kaunseling UPSI melalui laman sosial Facebook yang dihubungkan melalui portal itu.

Beliau berkata penggunaan medium digital yang amat digemari remaja diharap dapat memudahkan proses mendekati generasi itu bagi mereka memahami mengenai gejala negatif yang semakin menular itu.

Katanya ibu bapa boleh menggunakan portal itu untuk berkongsi pengalaman serta mendapatkan maklumat dalam menangani isu buli yang dihadapi anak mereka.

Aminah berkata guru dan kaunselor digalakkan menggunakan laman web itu untuk berkongsi maklumat dan membantu menyelesaikan masalah buli yang berlaku di sekolah.

“Tidak ketinggalan para penyelidik di mana portal ini dapat digunakan untuk mengembangkan kajian dan berkongsi hasil kajian mereka mengenai gejala buli ini,” katanya.

Portal itu boleh dilayari menerusi laman web http://ebuli.upsi.edu.my.

Rabu, 13 Julai 2011

Haram makan & berubat guna Cicak Tokek


Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya

Nuts instead of carbs may aid diabetes control


Replacing that daily muffin with a handful or two of nuts may help people with diabetes better control their blood sugar and cholesterol levels, according to a study.
When people with type 2 diabetes replaced some of their usual carbohydrates with about a half-cup of mixed nuts each day, their blood sugar and “bad” cholesterol levels dipped slightly over three months, researchers wrote in the journal Diabetes Care.

By contrast, no such improvements were seen among people who swapped their normal carbs for a daily whole-wheat muffin.

While the findings don’t mean that nuts are the key to diabetes control, they can be part of a healthy diet, said Cyril Kendall of the University of Toronto in Canada, one of the researchers involved.

“We should be focusing on overall diet and lifestyle,” Kendall told Reuters Health.

“They (nuts) have a lot of fat, but we now realize that those fats are healthy ones,” he said, referring to the unsaturated fats that have been linked to a lower risk of heart disease and other health benefits.

Still, nuts are high in calories, and people with diabetes should not simply add a handful to their usual diet but should use them in place of less healthy snacks, Kendall said.

For the study, 117 adults with type 2 diabetes were randomly assigned to one of three groups. One group was given unsalted mixed nuts and told to eat them instead of some of their usual carbohydrates, a second group replaced their normal carbohydrates with “healthy” whole-wheat muffins with no added sugar, and the third group went on a half-nut, half-muffin regimen.

The “full-nut” group ate, on average, about 2 ounces, or a half cup, of nuts per day, totalling roughly 475 calories.

After three months, the researchers found, the full-nut group showed a 0.2 per cent dip in their average haemoglobin AIC level — a measure of long-term blood sugar control.

The change was small and “just shy,” Kendall said, of what is considered a clinically significant improvement in blood sugar control. But the people in the study were already on diabetes medication and typically had good blood sugar control.

“So we’re seeing a benefit over and above what they were achieving with medication,” he added.

As for cholesterol, the nut group’s average LDL cholesterol — the “bad” kind — declined from about 97 milligrams per decilitre to 89 mg/dL. An LDL count below 100 mg/dL is generally considered optimal.

No similar improvements were seen in the other two groups.

It was not clear why the full-nut group showed better blood sugar and cholesterol levels, but Kendall said he suspects it is largely because of the monounsaturated fats in nuts.

For people who aren’t crazy about nuts, there are other sources of monounsaturated fats, such as olive oil and avocados. While the study did not look at those foods, Kendall said it might be a wise move to replace some carbohydrates with those fats.

The study was partially funded by the International Tree Nut Council Nutrition Research & Education Foundation and the Peanut Institute, both industry groups

Selasa, 12 Julai 2011

Singapura kembali sertai Piala Malaysia selepas 17 tahun


Selepas 17 tahun Singapura memutuskan untuk kembali menyertai Piala Malaysia, langkah yang dilihat akan merancakkan lagi kejohanan itu mulai tahun depan.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani memorandum persefahaman di Kuala Lumpur hari ini, mengumumkan kerjasama dalam bidang sukan itu.

Dengan langkah itu pasukan Singapura akan menyertai kejohanan Liga Super Malaysia dan Piala FA mulai tahun depan.

Setelah lebih 70 tahun mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia, Singapura memutuskan untuk tidak lagi menyertai kejohanan Piala Malaysia bermula 1995.

Keputusan dibuat ekoran beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara FAS dan FAM. Singapura memenangi Piala Malaysia terakhir bagi mereka pada 1994.

Berdasarkan memorandum yang ditandatangani hari ini, laporan akhbar Straits Times menyebut, pasukan negara jiran selatan itu akan terdiri daripada pemain-pemain bawah umur 23 tahun dan hanya lima pemain berusia 23 tahun ke atas.

Ia juga akan terdiri pemain-pemain luar negara berdasarkan kuota dibenarkan oleh peraturan pertandingan.

Dengan keputusan republik itu, pasukan Harimau Malaya akan yang terdiri daripada pemain-pemain bawah 23 tahun akan mengambil bahagian dalam Liga-S.

Malah di bawah perjanjian empat tahun itu, dua inisiatif turut digerakkan termasuk menambah perlawanan persahabatan antara pasukan nasional kedua-dua negara, selain mewujudkan kejohanan tahunan baru yang akan memperlihatkan pemenang kedua-dua liga bertarung dalam pertemuan dua pusingan.

Jumaat, 8 Julai 2011

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2011



Hampir setahun Ramadhan 2010 meninggalkan kita, dan bersyukur ke hadrat ilahi, kita masih dikurniakan umur dan kesihatan yang baik. Dan diharap juga, sepanjang bulan Ramadhan 2011 ini, Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita untuk menunaikan ibadah berpuasa dengan sempurna.

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan 2011 Menurut laman web Majlis Raja-Raja, tarikh yang ditetapkan untuk melihat anak bulan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 adalah pada 31 julai 2011.

Ini bermakna, hanya ada kurang 3 minggu sahaja dari sekarang, sebelum tarikh puasa diumumkan. Bagi sesiapa yang nak ganti puasa yang tak cukup tahun lepas, eloklah berbuat demikian sekarang.

Facebook lancar panggilan video


NEW YORK Amerika Syarikat (AS) - Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video.

Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.

Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna.

Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.

Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.

Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini.

Kiraan Halaju Cahaya menurut Al Quran



Kenapa saya berbangga dengan maklumat dibawah?

1. Ianya usaha yg dilakukan oleh sarjana Islam dgn menggunakan AlQuran untuk mengkaji kejadian alam semesta.

2. Ia dapat mengajak umat Islam daripada kebergantungan ilmu kpd sarjana barat secara terlampau sehingga terlupa jarum jarum halus yang menyesatkan AQIDAH yg terdapat didalam maklumat mereka.

3. Sarjana Islam yg beriman lakukan kajian bersandarkan kd AlQuran dan sumber lain tanpa ragu dan tidak melalui kitab-kitab yg lain.

Qs. 32 Surah Sajdah: 5. Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu

Sekarang, mari kita perhatikan dengan menggunakan formula.

Jarak yang dicapai oleh cahaya selama 1 hari = jarak yang ditempuh bulan selama 1000 tahun atau 12000 bulan.

C . t = 12000 . L
dimana : C = kepantasan sesuatu benda
t = waktu selama satu hari
L = panjang perjalanan bulan selama satu bulan

Sekarang, sistem kalendar telah diuji mendapatkan nilai C yang sama dengan nilai C yang sudah diketahui setelah pengukuran.

Ada dua macam sistem kalendar bulan:
1. Sistem sinodik, didasarkan atas semua pergerakan bulan dan matahari dari bumi.
1 hari = 24 jam
1 bulan = 29.53059 hari2. Sistem sidereal, didasarkan atas pergerakan relatif bulan dan matahari terhadap bintang
dan alam semesta.
1 hari = 23 jam 56 minit 4.0906 saat = 86164.0906 saat
1 bulan = 27.321661 hari

Bulan kembali ke posisi semula tepat pada garis lurus antara matahari dan bumi. Period ini disebut “satu bulan sinodik”Selanjutnya perhatikan laluan bulan selama satu bulan sidereal, Laluannya bukan berupa lingkaran seperti yang mungkin anda bayangkan melainkan berbentuk curve yang panjangnya L = v . T.

Dimana:

v = kepantasan bulan
T = period revolusi bulan
= 27.321661 hari
a = 27.321661 days/365.25636 days x 360 o = 26.92848o

Ada dua jenis kepantasan bulan :
1. Kecepatan relatif terhadap bumi yang bisa dihitung dengan formula berikut: ve = 2 . p . R / Tdimana R = jejari revolusi bulan = 384264 km
T = period revolusi bulan = 655.71986 jam
Jadi ve = 2 * 3.14162 * 384264 km / 655.71986 jam
= 3682.07 km/jam2.

Kepantasan relatif terhadap bintang atau alam semesta. Einstein mengatakan bahawa kepantasan jenis kedua ini dihitung dengan mendarabkan yang pertama dengan cosinus a, sehingga: v = Ve * Cos a

Dimana a adalah sudut yang dibentuk oleh revolusi bumi selama satu bulan sidereal
a = 26.92848o
Bandingkan C (kepantasan sesuatu benda) hasil perhitungan dengan nilai C (kepantasan cahaya) yang sudah diketahui !Jika:
L = v . T
v = Ve * Cos a
Ve = 3682.07 km/jam
a = 26.92848 o
T = 655.71986 jam
t = 86164.0906 saatMaka:
C . t = 12000 . L
C . t = 12000 . v . T
C . t = 12000 . (Ve * Cos a) . T
C = 12000 . ve . Cos a . T / t
C = 12000 * 3682.07 km/jam * 0.89157 * 655.71986 jam / 86164.0906 saat
C = 299792.5 km/saat

Sekarang…mari kita bandingkan antara yg ditulis Al-Quran dengan perkiraan abad 20.

Al-Quran ————————————–> C = 299792.5 Km/saat
US National Bureau of Standards, ——> C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat
The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saatConferrence ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standard Dunia ialah :”Satu meter adalah jarak tempuh cahaya dalam ruang vacum ialah 1/299792458 saat”.

Khamis, 7 Julai 2011

Annual medieval festival in Brussels’ Grand Place

Performers in historic costumes take part in a procession during the annual medieval festival, the Ommegang, July 5, 2011. It is a re-enactment of celebrations marking the historical entry of Charles the Fifth, his son Don Philip and his sisters, Eleanor of Austria, Queen of France and Mary of Hungary into Brussels in 1549.

Performers in historic costumes take part in a procession during the annual medieval festival, the Ommegang, in Brussels’ Grand Place July 5, 2011. It is a re-enactment of celebrations marking the historical entry of Charles the Fifth into Brussels in 1549.

Performers in historic costumes take part in a procession during the annual medieval festival, the Ommegang, in Brussels’ Grand Place July 5, 2011. It pageant is a re-enactment of celebrations marking the historical entry of Charles the Fifth into Brussels in 1549.

Performers in historic costumes take part in a procession during the annual medieval festival, the Ommegang, in Brussels’ Grand Place July 5, 2011. It is a re-enactment of celebrations marking the historical entry of Charles the Fifth into Brussels in 1549.

Sabtu, 2 Julai 2011

Penguin tersesat sehingga 3,000 Kilometer


Seekor penguin jenis Emperor tersesat tiba-tiba saja muncul di pantai New Zealand. Sepatutnya penguin tersebut ketika ini berada di Antartika dimana habitat aslinya berada.

Menurut pendapat seorang ahli binatang liar, penguin tersebut dikatakan telah berenang keluar dari jalurnya dan tiba di New Zealand yang jaraknya tiga ribu kilometer dari Antartika. Ada puluhan koloni penguin di Antartika, tetapi baru kali ini di dalam tempoh 44 tahun seekor penguin Emperor tiba di New Zealand.

Penguin jantan tersebut tiba di Pantai Kapiti, sekira 40 kilometer dari Wellington pada petang Isnin waktu tempatan. Menurut Jabatan Konservasi New Zealand (DOC) Peter Simpson, penguin Emperor kelihatan di New Zealand pertama kali tercatat pada tahun 1967 dulu.

Simpson pada awalnya tidak mempercayai laporan tersebut, namun pada saat dirinya melihat sendiri dengan mata kepalanya Simpson langsung terkejut.

"Saya kira itu hanyalah seekor singa laut, pada ketika kami memeriksanya memang benar ia seekor penguin Emperor," ucap Simpson.

Haiwan yang memiliki warna hitam dan kuning keemasan ini dalam keadaan sihat dan biasanya boleh beradaptasi dengan keadaan cuaca New Zealand yang lebih panas.

Cat badan

Artists paint a model during the annual World Bodypainting Festival in Poertschach, Austria, July 1, 2011. The world’s biggest bodypainting event is being held from July 1 to 3 at Lake Woerthersee in Austria’s southern Carinthia province.

A model poses during the annual World Bodypainting Festival in Poertschach, Austria

Jumaat, 1 Julai 2011

KFC orang cacat


Kali pertama aku terserempak dengan KFC nie. Mula-mula macam ragu-ragu juga bila kawan-kawan yang cakap. Tapi bila duk perhati betul-betul 'signboard' kat atas kepala, barulah aku tahu. KFC yang bertempat di Kuching nie, sebenarnya diuruskan oleh kakitangan cacat pertuturan dan pendengaran.

Waa memang hebat mereka nie. Dengan kekurangan yang ada pada diri mereka, bukanlah menjadi satu masalah kepada mereka untuk menguruskan sebuah restoran. Bukannya restoran biasa. Restoran KFC yang terkenal seluruh Malaysia, mahupun seluruh dunia. Memang aku respek habislah dekat mereka semua nie.

Tapi aku tak sempat pula nak buat pesanan kat KFC nie. Macam mana nak buat pesanan. Bahasa isyarat pun aku tak berapa tahu sangat. Dulu pernah juga belajar bahasa isyarat nie. Masa dekat sekolah menengah dulu. Ada rombongan mereka yang cacat pendengaran nie datang sekolah buat demonstrasi macam mana nak guna bahasa isyarat dibantu oleh guru-guru mereka. Seronok dapat tahu bahasa nie dari huruf A sampai Z. Oleh sebab jarang dipraktikkan, maka hari demi hari makin lupala jawabnya. Edaran pun ntah hilang ke mana aku pun tak tahu. Nak rujuk balik dah susah dah.

Ingin juga aku ketengahkan di sini bahawa macam mana golongan ini membantu diri mereka berjaya sebagaimana mereka yang cukup anggota pancaindera. Mereka tidak rasa malu dan kekok untuk berhadapan sesama sendiri mahupun dengan orang lain yang cukup sifat. Mereka seharusnya dipuji dengan kejayaan mereka sekarang. Pihak KFC juga memainkan peranan yang besar dalam kejayaan ini. Mereka memberi peluang kepada golongan yang sebegini untuk membuktikan kemampuan mereka. Syabas diucapkan kepada KFC. Diharapkan selepas ini lebih banyak lagi pihak-pihak lain seperti KFC ini muncul untuk membantu golongan ini. Dengan serampang dua mata, anggaplah tindakan ini sebagai aktiviti kebajikan syarikat selain daripada mendapatkan keuntungan.

Dan kepada mereka yang terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti mencuri, meragut dan sebagainya, seharusnya sedar bahawa mereka ini adalah lebih berkemampuan untuk mencari rezeki yang halal. Tidak ada sebab dan alasan mengapa mereka tidak boleh berjaya apatah lagi mereka yang cacat pertuturan dan pendengaran ini.