nuffnang ads

Sabtu, 16 April 2011

sakit mata,sakit hati.. bahasa & bangsaku

Sakit mata.Sakit hati.Setiap kali lalu MRR2 menuju ibu negara,ada satu papan tanda sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berbunyi ''Another project by...''. untuk mengumumkan projeknya.Tak boleh ke tulis ''Satu lagi projek oleh...''

Untuk apakah papan tanda ditulis dalam bahasa Inggeris itu? Untuk pelancong? Untuk pelabur?
Memanglah syarikat itu gergasi multinasional,tetapi ia adalah syarikat Malaysia,milik kerajaan pula.

Ini bukan soal mendaulatkan bahasa kebangsaan,tetapi dari segi praktikal,semua penduduk negara ini tahu Bahasa Malaysia,papan tanda itu adalah untuk penduduk negara ini.Tentulah sewajarnya dalam Bahasa Malaysia.

Keadaan ini sama juga dengan pusat-pusat membeli belah baru di merata-rata tempat yang meletakkan papan tanda Keluar sebagai Exit. Merata-rata Exit.

Adakah pengguna dan pelanggan pusat-pusat membeli belah itu terdiri daripada pelancong semata-mata yang tidak tahu berbahasa Melayu.

Sedangkan hakikatnya kebanyakan pelanggan dan pengguna adalah dari kalangan penduduk negara ini, yang tentunya faham Bahasa Malaysia.

Dalam hal ini,untuk mengatasinya seringkali dilaungkan perlunya ada penguatkuasaan supaya Bahasa Malaysia digunakan di tempat-tempat awam.

Tetapi apa gunanya penguatkuasaan kalau segala apa yang dilihat sebagai mendaulatkan Bahasa Malaysia adalah kerana takut pada undang-undang?

Soal mendaulatkan Bahasa Malaysia bukan isu perkauman.Yang keberatan mendaulatkan Bahasa Malaysia bukan saja orang bukan Melayu.Banyak orang Melayu pun sudah tidak gemarkan Bahasa Malaysia. Macam-macam alasan diberikan untuk tidak mendaulatkan Bahasa Malaysia.Bahasa Malaysia tidak komersial.Bahasa Malaysia tidak kompetetif.Kurang bahan bacaan Bahasa Malaysia dan macam-macam lagi.

Tetapi kalau sudah tidak suka,cakap saja tak suka.Tidak perlu alasan.Memang banyak orang tidak suka Bahasa Malaysia.Hati mereka sememang begitu.Bukan boleh dipaksa orang yang sudah tidak suka.

Biarlah orang yang tidak suka Bahasa Malaysia hidup dengan dunia mereka.Tetapi kita yang sayang kepada Bahasa Malaysia marilah gunakannya dengan baik dan kembangkannya.Bahasa Malaysia ini indah dan mengungkapkan jati diri dan citra budi kita sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Sementara ada pula orang yang tidak suka nama Bahasa Malaysia.Mereka mahu ia disebut sebagai bahasa Melayu saja.Memanglah Bahasa Malaysia itu bahasa Melayu.Tetapi begitu juga dengan Bahasa Indonesia.Ia juga adalah bahasa Melayu. Bahasa Melayu itu luas.Tetapi keluasannya adalah kerana besarnya penggunaan Bahasa Indonesia lantaran bilangan penduduk negara itu yang tinggi..

2 ulasan:

Syafiee berkata...

Yup. Bahasa Malaysia.

Bahasa Indonesia ada dialek yang berbeza. Walaupun, rumpun yang sama.

Unknown berkata...

mudah lagi bahasa malaysia

Catat Ulasan