nuffnang ads

Sabtu, 2 November 2013

Khasiat Garam

Kita disogok dgn fakta palsu."Ambik garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi... ni protokol yahudi." Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan ... Sampai di tempat baru...nabi ambil garam dahulu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru... Utk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau ...kenapa? Allah cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif (pengamalan darus syifa' utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh imbangkan balik sistem tubuh kita ...ini sunnah Nabi... Tp garam boleh jd rosak apabila dimasak atau bertindak balas dgn suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur.Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" mcm orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan. Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebh. Kaalu panas, garam hanya tinggal sodium.Potassium akan rosak dlm suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi.

Rabu, 10 Julai 2013

Hadith Palsu Solat Terawikh

AMARAN JAKIM - Hadith Palsu Solat Tarawih. Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadhan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah. “Hal berkaitan hadith seumpama ini sememangnya diketahui pihak berkuasa agama dan sesiapa yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta segera merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri bagi mengelak sebarang kekeliruan." Baru-baru ini, akhbar ini menerusi ruangan Surat & Emel menyiarkan rungutan pembaca, Rahman Ariffin dari Shah Alam yang bimbang kerana masih ada jawatankuasa masjid dan surau yang mengumumkan kepada jemaah fadhilat solat tarawih bersandarkan hadith palsu. Rahman yang dukacita dengan tindakan sesetengah pihak yang menghebahkan kelebihan solat tarawih mengikut giliran malam itu, meminta Jakim atau Majlis Agama Islam negeri supaya mengingatkan umat Islam mengenai perkara ini. Kelebihan solat tarawih mengikut hari itu pernah dipaparkan dalam akhbar dan televisyen sebagai galakan kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat, menyebabkan umat Islam memenuhi masjid dengan harapan memperoleh pahala besar tanpa menyedari mereka tidak mendapat penjelasan yang sebetulnya. Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADITH PALSU. Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadhilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadith tersebut ialah satu hadith yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut: "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah SAW telah bersabda (berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya: Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan. Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Sehinggalah ke malam yang ke-30... Ulama' hadith dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadith. Atau disebut sebagai HADITH PALSU. Penyebaran hadith ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu. Antara disiplin ilmu di dalam memahami hadith ialah ianya melalui jalan dirayah dan riwayah bagi memastikan kedudukan sesuatu hadith terhadap matan (ayat hadith) dan sanad (rangkaian periwayatan hadith). Kedua-dua perkara ini dipastikan ketulenannya dan tidak harus mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Hadith-hadith telah dikumpulkan, disaring dan diriwayatkan dengan sempurna oleh ulama' hadith pada sekitar tahun 200H-300H. Antara muhaddithin (ulama' hadith) yang diiktiraf dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di dalam meriwayatkan hadith antaranya adalah Imam Bukhari (194H-256H), Imam Muslim (204H-261H), Imam Abu Dawud (202H-275H), Imam at-Termizi (209H-279H), Imam an-Nasa-i (215H-293H) dan Imam Ibnu-Majah (207H-273H) Selain hadith-hadith sahih, terdapat juga hadith-hadith hasan, dhaif ataupun palsu di dalam kitab-kitab mereka. Namun, ini tidak merendahkan kedudukan ilmu mereka. Pengkelasan ini dibuat oleh ulama' yang kemudian dengan kaedah yang sangat detail. Antaranya ulama' hadith mengkritik kepada sanad iaitu perawi-perawi hadith. Mereka telah mengenal pasti siapakah yang dipercayai dan siapakah yang dusta. Nama-nama periwayat hadith dikumpulkan atau ianya di dalam cabang ilmu yang dinamakan dengan ilmu rijal atau ilmu jarh wa-al Ta'dil. Keseluruhan kaedah memahami hadith ini adalah terangkum di dalam ilmu Mustalah Hadis atau 'Ulum Hadith. Antara ulama' kemudian yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi dan menafsirkan hadith adalah seperti al-Hakim al-Nisaburi, Ibn-Kaithir, Abd Rahim al-Iraqi, Ibn-Hajar al-Asqolani, adz-Zahabi, Taqiyyudin at-Taimiyyah, Ibn-Qayyim al-Jauziyyah, Ibnu-Jauzi, Nasaruddin al-Albani dan ramai lagi. Hadith-hadith yang benar dan palsu diasingkan. Subhanallah, Allah telah menganugerahkan ilmu yang begitu hebat kepada mereka di dalam mengawal dan memastikan ketulenan rujukan umat dari al-Qur'an dan al-Hadith. Berbalik kepada hadith fadhilat solat sunat tarawih. Ianya tidak didapati di dalam mana2 kitab hadith yang benar dan juga di dalam kitab2 hadith yang palsu. Ini bermakna ianya baru sahaja direka oleh golongan yang melampau. Segala pertimbangan di dalam menilai kepalsuan sesuatu hadith telah cukup bagi membuktikan bahawa hadith ini adalah hadith palsu. Antaranya; pada sanad, tidak langsung mempunyai rangkaian periwayatan. Pada matan, ternyata mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Dipercayai hadith ini direka oleh golongan Syiah bagi mengangkat ketokohan Sayyidina Ali dan bagi melekakan umat Islam di dalam mengharapkan balasan yang tidak dijanjikan oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad SAW. Kita tidak menafikan ketokohan Saiyidina Ali dan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya di dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu di dalam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Penyebaran hadith-hadith palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadith Rasulullah SAW yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu. Di dalam beramal di bulan Ramadhan ini dan untuk mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadith yang SAHIH dari Rasulullah SAW berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud (terjemahan): “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkan umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadith adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji Rasulullah SAW akan balasan neraka terhadap pendusta hadith dan amaran ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadith. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya(terjemahan): “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Bukhari, Muslim) Hadith ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi SAW sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib). Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadith palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah : “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith) Kita memohon kepada Allah agar kita bukanlah dari kalangan yang sengaja menyebarkan hadith-hadith palsu dan memohon keampunan di atas segala kesilapan yang kita sedari atau tidak selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini tidak dibaluti dengan pendustaan di atas nama Rasulullah SAW.

Khamis, 25 April 2013

Kelebihan Berzikir Kalimah LAILAHA ILLALLAH

Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah – apakah cara paling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Nabi saw menyebut kalimat‘La Ilaha Illallah’ kerana tiang arasy dan segala ciptaan Alllah terdiri atas kalimah ini. Para ahli hadis/sufi menyatakan apabila kalimah ini tidak disebutkan lagi oleh orang Islam, maka bermulalah kiamat. Daripada Saidina Ali, maka bermulalah segala amalan sufi. Ini memandangkan kedudukan Ali ra sebagai ‘pintu’ kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammad saw. Kalimah ‘La Ilaha Illallah’ mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT. Berzikir akan mendorong tubuh bergerak atau harakah secara semulajadi. Hal ini sukar dijelaskan. Dalam tasawuf, harakah ini disusun begitu rupa sehingga menimbulkan rentak berbaris demi proses taqarrub. Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin As Radiallahu‘anhu, katanya: Rasulullah bersabda : ‘Sesungguhnya Allah memilih seorang dari umatku untuk menjadi saksi makhluk-makhluk pada hari kiamat. Kemudian dibukalah 99 catatan, yang setiap catatan terbentang sepanjang penglihatan. Kemudian Allah bertanya : ‘Adakah ini sesuatu yang kau ingkari? Apakah engkau dizalimi oleh pencatatKu dengan catatan-catatan ini?’ Dia menjawab : ‘Tidak, Tuhanku.’ Allah bertanya : ‘Apakah engkau hendak mengemukakan alasan?’ Jawabnya : ‘Tidak, Tuhanku.’ Allah berkata : ‘Benar, di sisiKu engkau memiliki kebaikan, dan tidak akan ada kezaliman atas dirimu pada hari ini.’ Lalu keluarlah selembar catatan yang berisi tulisan : ‘Asyhadu an‘La Ilaha Illallah’ , wa Asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh.’ Allah berfirman : ‘Bawalah ini ke neraca.’ Dia menjawab : ‘Wahai Tuhanku, selembar catatan ini ditimbang dengan seluruh catatan lainnya?’ Allah menjawab : ‘Sesungguhnya engkau tidak dizalimi.’ Lalu diletakkan selembar catatan itu di salah satu sisi neraca, sedangkan catatan lainnya sepanjang penglihatan itu diletak di sisi yang lain. Ternyata catatan-catatan yang banyak Keutamaan Dan Buah Zikir itu menaik, sedangkan selembar catatan itu memberat. Maka tidak ada sesuatu yang mampu menyaingi nama Allah.’ (HadisRiwayat At-Tirmizi, dan dikatakan sebagai hadis hasan, dan IbnMajah, Ibn Hibban didalam Sahih mereka, serta Al-Baihaqi dan Al-Hakim, dan dikatakan sahih atas syarah Muslim) Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda : ‘Perbaharuilah iman kalian.’ Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?’ Baginda menjawab : ‘Banyakbanyaklah mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dengan sanad hasan) Dari Ibnu ‘Umar Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda : ‘Bukan ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’, orang yang kesepian di kuburnya dan pada saat kebangkitannya. Seolah-olah aku melihat ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’ sementara mereka mengusap tanah dari rambut-rambut mereka dan berkata : ‘Segala puji bagi Allah Yang telah menghilangkan duka cita dari kami.’ (Faathir: 34)’ (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Al Baihaqi) Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah dalam Kalimatul Ikhlas mengatakan, ”Kalimat Tauhid (yaitu Laa Ilaha Illallah, ) memiliki keutamaan yang sangat agung yang tidak mungkin dapat dihitung.” Diantara natijah amalan zikir Berzikir memberi potensi untuk taat Berzikir memberi potensi dan kemahuan keras Gedung-gedung di syurga terus dibangun selama seseorang itu masih berzikir Berzikir menyebabkan para malaikat memohonkan ampun bagi pelakunya Berzikir menyebabkan gunung-gunung dan lembah-lembah bergembira Memperbanyak zikir menyebabkan terjauh daripada sifat munafik Berzikir menyebabkan rasa lazat di hati pelakunya, kerana itu majlis-majlis zikir disebut kebun-kebun syurga Berzikir di jalan, di rumah, di waktu bepergian mahu pun di waktu menetap akan menjadi saksi bagi pelakunya di hari kiamat Pelaku zikir diberi wajah yang cerah ketika di dunia dan diberi cahaya ketika di akhirat Berzikir menyebabkan Allah mengakui keimanan seorang hamba Berzikir menyebabkan seorang mendapat keuntungan berlimpah-limpah Berzikir di waktu senang menyebabkan Allah memperhatikan pelakunya di kala susah Berzikir menyembuhkan hati yang sakit Proses zikir membawa kepada pensucian diri dan qalb, mendekatkan diri kepada Allah, membentuk semangat persaudaraan Islam, membersihkan dosa, mengikis sifat cela dan membina sifat terpuji. " Mereka yang beriman dan bertenang hatinya dengan berdzikir kepada Allah.." ( Ar-Ra'ad : 28 ).