nuffnang ads

Sabtu, 2 Julai 2011

Penguin tersesat sehingga 3,000 Kilometer


Seekor penguin jenis Emperor tersesat tiba-tiba saja muncul di pantai New Zealand. Sepatutnya penguin tersebut ketika ini berada di Antartika dimana habitat aslinya berada.

Menurut pendapat seorang ahli binatang liar, penguin tersebut dikatakan telah berenang keluar dari jalurnya dan tiba di New Zealand yang jaraknya tiga ribu kilometer dari Antartika. Ada puluhan koloni penguin di Antartika, tetapi baru kali ini di dalam tempoh 44 tahun seekor penguin Emperor tiba di New Zealand.

Penguin jantan tersebut tiba di Pantai Kapiti, sekira 40 kilometer dari Wellington pada petang Isnin waktu tempatan. Menurut Jabatan Konservasi New Zealand (DOC) Peter Simpson, penguin Emperor kelihatan di New Zealand pertama kali tercatat pada tahun 1967 dulu.

Simpson pada awalnya tidak mempercayai laporan tersebut, namun pada saat dirinya melihat sendiri dengan mata kepalanya Simpson langsung terkejut.

"Saya kira itu hanyalah seekor singa laut, pada ketika kami memeriksanya memang benar ia seekor penguin Emperor," ucap Simpson.

Haiwan yang memiliki warna hitam dan kuning keemasan ini dalam keadaan sihat dan biasanya boleh beradaptasi dengan keadaan cuaca New Zealand yang lebih panas.

Cat badan

Artists paint a model during the annual World Bodypainting Festival in Poertschach, Austria, July 1, 2011. The world’s biggest bodypainting event is being held from July 1 to 3 at Lake Woerthersee in Austria’s southern Carinthia province.

A model poses during the annual World Bodypainting Festival in Poertschach, Austria

Jumaat, 1 Julai 2011

KFC orang cacat


Kali pertama aku terserempak dengan KFC nie. Mula-mula macam ragu-ragu juga bila kawan-kawan yang cakap. Tapi bila duk perhati betul-betul 'signboard' kat atas kepala, barulah aku tahu. KFC yang bertempat di Kuching nie, sebenarnya diuruskan oleh kakitangan cacat pertuturan dan pendengaran.

Waa memang hebat mereka nie. Dengan kekurangan yang ada pada diri mereka, bukanlah menjadi satu masalah kepada mereka untuk menguruskan sebuah restoran. Bukannya restoran biasa. Restoran KFC yang terkenal seluruh Malaysia, mahupun seluruh dunia. Memang aku respek habislah dekat mereka semua nie.

Tapi aku tak sempat pula nak buat pesanan kat KFC nie. Macam mana nak buat pesanan. Bahasa isyarat pun aku tak berapa tahu sangat. Dulu pernah juga belajar bahasa isyarat nie. Masa dekat sekolah menengah dulu. Ada rombongan mereka yang cacat pendengaran nie datang sekolah buat demonstrasi macam mana nak guna bahasa isyarat dibantu oleh guru-guru mereka. Seronok dapat tahu bahasa nie dari huruf A sampai Z. Oleh sebab jarang dipraktikkan, maka hari demi hari makin lupala jawabnya. Edaran pun ntah hilang ke mana aku pun tak tahu. Nak rujuk balik dah susah dah.

Ingin juga aku ketengahkan di sini bahawa macam mana golongan ini membantu diri mereka berjaya sebagaimana mereka yang cukup anggota pancaindera. Mereka tidak rasa malu dan kekok untuk berhadapan sesama sendiri mahupun dengan orang lain yang cukup sifat. Mereka seharusnya dipuji dengan kejayaan mereka sekarang. Pihak KFC juga memainkan peranan yang besar dalam kejayaan ini. Mereka memberi peluang kepada golongan yang sebegini untuk membuktikan kemampuan mereka. Syabas diucapkan kepada KFC. Diharapkan selepas ini lebih banyak lagi pihak-pihak lain seperti KFC ini muncul untuk membantu golongan ini. Dengan serampang dua mata, anggaplah tindakan ini sebagai aktiviti kebajikan syarikat selain daripada mendapatkan keuntungan.

Dan kepada mereka yang terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti mencuri, meragut dan sebagainya, seharusnya sedar bahawa mereka ini adalah lebih berkemampuan untuk mencari rezeki yang halal. Tidak ada sebab dan alasan mengapa mereka tidak boleh berjaya apatah lagi mereka yang cacat pertuturan dan pendengaran ini.