nuffnang ads

Ahad, 27 Februari 2011

teluk anson a.k.a teluk intan


malam2 yang happening di bandar warisan perak..

benda ajaib malaysia..voted tak?hehehe

Jumaat, 25 Februari 2011

kenapa mat rempit tak boleh jadi kontraktor..


ade berani...

RIBENA - ada arak 0.1%

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar  yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

15 benda yang tak mungkin anda perasan

Assalammualaikum wahai sahabatku..

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda   tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya..

Khamis, 24 Februari 2011

Awas "Love Bite" boleh sebabkan serangan jantung/strok!

be careful... no more love bite..




Daily Mail
melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya , dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu , mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.


Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa , menyebabkan dia mengalami strok.


Selasa, 22 Februari 2011

Restoran singgah selalu


Turun jb sempat ke restoran member..



juz pesan menu ringkas je..chicken chop black pepper..


buat yang prefer mee goreng mamak..



mase sampai ni full site..jemput minum.hee

makan2
restoran singgah selalu
36E,F, jalan skudai
80200 johor bahru
johor
tel: (6)07-2377255

Berape harga isteri anda..


Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,  

Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
 
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak
.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,  
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
 
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
 
Jangan buat alasan itu dan ini pulak
.ingat tu si isteri yee!!!  
Kata nak pahala lebih
 

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam,  dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.  

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
 
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua.
.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......



Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"



Isnin, 21 Februari 2011

Tukang kapak,Mungkar & Nangkir

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat.. barang yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan di warisi separuh dari harta peninggalannya..Lalu di tanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti

Lantas menjawab anak, mana mungkin
apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.


Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.


Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.. Lagi pun makanan disediakan.


Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.


Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.


Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka
datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di
fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..


Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.


Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.


Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.  

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau
tebang dengan kapak ni? 

Kat hutan mana ada orang punya pokok

Adakah kau pasti?


Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat...


Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya
sama untuk dijual?       

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata,lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.


Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini..Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut..lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.


Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.


Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.


Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi
sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku  menjawabnya.
  


p/s: sekadar renungan..

Khamis, 17 Februari 2011

BISSMILLAH




Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM"   yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu
dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH
dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya..

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19 ( <<
http://qs.al/>
QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas ' ud berkata:
"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah
BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya."

8.. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya..

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Selasa, 15 Februari 2011

Kaya Hati Kaya Yang Hakiki

Orang-orang yang kaya hati selalu dikatakan juga orang kaya roh atau kaya jiwa, melimpahi dari segala yang dimiliki. Manusia hari ini kebanyakannya sibuk mencari kekayaan yang berupa wang ringgit dan harta benda tetapi amat kurang-berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya selama-lamanya.

Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya. Ada atau tidak manusia sekeliling yang bermegah-megah dengan kekayaan dunia tidak menjadi kudis kepadanya

Orang yang kaya hati, imannya cukup kuat. Keyakinannya amat kental. Akhirat adalah matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya,. Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja. Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan Tuhan. Kalau dunia dan harta ada di tangan, dia susah hati kerana ini bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan. Andainya harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya kerana ketidak sempatannya melakukan kebaikkan. Harta dan dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan.

Jiwanya cukup tenang dan pasrah jugak redha dengan ujian dan kesusahan. Sedikit amat minatnya dan jugak tidak digugat oleh hal-hal dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya.

Orang yang kaya hati sedikit pun tidak merasa atau mempunyai perasaan hina dan rendah diri dengan orang kaya, kenamaan, yang berhormat atau raja dan sultan. Mereka ini terlalu berterus terang dan senantiasa merasa senang bergaul dengan sesiapa sahaja yang sudi bergaul dengan mereka tak kira siapa orang itu sama ada datangnya dari orang cerdik pandai, orang yang berkuasa dan sebagainya. Padanya tidak ada keistemewaan insan di dunia ini yang pelbagai itu dengan pandangan semua manusia itu setaraf sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan bukan dengan ukuran dunia. Dia lebih rela melakunkan apa watak yang kita mahu dan dengan senang hati menerima kita dengan caranya yang kekadang membuat kita rasa dia amat istemewa dan berdikari.

Orang yang kaya hati akan senantiasa merendah diri, berusaha supaya orang yang memohon pertolongan darinya menyenanginya senantiasa akan pertolongan itu. Andainya mereka memiliki harta kekayaan, maka lebih ramai orang yang boleh menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan kekayaan itu miliknya sendiri dan kerana kekayaan itu mudah baginya membelanjakannya. Niatnya hanya satu, supaya fakir miskin terbela hidup mereka, orang susah dibantu dan diringani perjalanan hidup, orang yang memerlukan bantuan dihulurkan dengan lapang dada, dan orang yang berhutang akan diselesaikan hutangnya tanpa perlu membayar kembali. Dia diandaikan menjadi 'bank' kepada masyarakat yang memang mengharapkan bantuan dan pertolongan .

Benarlah bahawa perkataan dan sebutan “kaya” dan “miskin” itu adalah satu istilah semata-mata yang berbeza maksudnya mengikut pelbagai orang yang menuturkannya dan menganalisakan. Ada orang merasakan bahawa kaya itu mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu tidak mempunyai apa-apa. Berapa ramai yang paham diantara kita bahawa “kaya” itu tidak memerlukan apa-apa lagi kerana kekayaan yg dimiliki melebihi dari apa yang dia ingini.

Dan “miskin” pula terlalu dan memerlukan bantuan setiap waktu dan ketika. Sesungguhnya orang kaya punya tanggungjawab yang besar dan teramat besar kerana akan ditanya nanti akan harta yang dimiliki dibelanja melalui jalan apa. Dan bagi orang miskin, yang tanya mungkin akan apa cara hidupnya dihabiskan dan akan cara apa dia menyambung hidupnya. Ketahuilah kelian, ALLAH itu di sebut Maha Kaya, Maha memiliki, maha berkuasa setiap apa yang ada dibumi dan dilangit, maka tidak usahlah kita merasa tenteram dengan apa yang kita miliki, kerena sebenarnya semua itu “dipinjamkan” seketika untuk kita merasa dan menikmati juga menghitung kehilangan.

Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak terpikat dan tidak mahukan kekayaan dunia ini, maka kayalah dia walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan memerlukan.

Al Hasan meriwayatkan bahwa Nabi pilihan sollallahu `alaihi wasallam berkata: "Para abdal (terutama) dari ummatku tidak masuk surga karena banyaknya salat dan puasa. Allah ta'ala menyayangi mereka karena kesucian hati, kedermawanan dan kasih sayang mereka terhadap kaum Muslimin." ( HR Al Hakim dan lain-lain ).

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”. (Riwayat Abu Daud)

Firman Allah
  “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih bertambah tambah bersih (dengan ilmu dan amal kebajikan) dan sesungguhnya hampalah orang orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kokotoran maksiat ).”…. (Surah al-Syams : 9-10).
Ingatlah dengan kebajikan yang kita buat walau sekecil mana yang telah kita hulurkan bantuan, nyata sekali kebajikan itu hanyalah untuk diri kita sendiri, supaya mendapat perlindungan keselamatan (satu jaminan dari Allah) dan perjalanan hidup yang dilapangkan dan dipermudahkan setiap urusan. Dan andainya kejahatan dilakukan maka dengan sendirilah kejahatan itu berbalik pada diri dengan balasan yang setimpal tak kira dalam apa bentuk jua. Balasan tetap balasan pada setiap perbuatan baik yang elok atau buruk. Balasan baik pada kebajikan dan balasan buruk pada kejahatan.

Sesuatu yang patut kita perhatikan, Al Quran menjadikan orang orang mukmin sebagai kayu pengukur dalam melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan. Hukuman yang diputuskan adalah bergantung akan perbuatan kita dan Allah tetap dengan hukumannya. Setiap perbuatan yang baik mahupun kurang baik itu senantiasa dengan persaksian yang mengiringi persaksian Allah dan Rasulnya. Maka dengan sendirinya lah juga setiap perbuatan baik itu adalah keredhaan mereka dengan seiringan keredhaan Allah.

Kebaikan kekayaan hati yang hakiki, boleh lah diambil pandangan dari surah At-Taubah:105, bermaksud ”Dan katakanlah (wahai Muhammad sollallahu `alahi wasallam) beramallah kamu akan segala yang perintahkan maka dengan sendirinya Allah dan rasul-Nya serta orang orang beriman akan melihat apa yang kita kerjakan”. Sesungguhnya pengertian dan pengorbanan hati yang tinggi ini sekiranya telah menyerap didalam setiap ruang hati manusia yang beriman, dengan sendirinya menjadikan ia manusia yang mulia, berjiwa besar dan tidak menundukkan kepalanya dihadapan makhluk dan tidak sujud kepada kekuatan, kezaliman, glamour atau apa yang datang kepadanya

Rabu, 9 Februari 2011

rahsia bisnes orang cina

sejarah yg dilalui oleh org cina untuk m'jadi peniaga yg berjaya penuh dengan seribu satu liku,sejarah perniagaan org cina bermula dlm bidang peruncitan,drpd bidang inilah org cina perolehi pengalaman & kemahiran bagi m'hadapi pelbagai karenah manusia,p'niagaan pula tidak bnyak formaliti & karenah birokrasi,mereka brtusaha m'jadikan urus niaga itu semudah yg mungkin..persepsi org cina pd adalh positif,dunia niaga adalh dunia yg m'janjikan kesenangan,kemewahan & kebahagiaan,jika mahu lbih berjaya drpd org lain,kita tidak m'punyai pilihan kecuali bekerja dgn lebih kuat dan rajin..berniaga boleh dijadikan hobi tp bukan bagi mengisi masa lapang. konsep berniaga org cina lebih b'dasarkan prinsip simbiosis dgn setiap peniaga saling melengkapi,konsep p'niagaan org cina tidak sama dgn knsep b'niga org melayu,mereka tidak digalakan membolot kekayaan & keuntungan, org cina tidak suka 'makan'or mencari untung seorang,sebaliknya mereka perlu b'kongsi segala keuntungan dgn peniaga lain,ini kerana tidak ada peniaga yg boleh hidup seorang diri,mereka perlu bergantung antara satu sama lain bg mendapatkan bekalan,pelaggan & kemahiran.. peniaga tulen tidak perlu takut pd p'saingan & kerugian,mereka tidak sepatutnya m'punyai sifat2 dengki & cemburu pd peniaga lain.org cina m'galakkan persaingan kerana ia meningkatkan kecekapan,produktiviti,kemahiran,kreativiti & memberikan bnyak pengalaman yg berguna.persaingan yg positif membantu memajukan perniagaan.. dlm perniagaan tidak ada konsep kompromi & tilak ansur terutama melibatkn mutu barangan,untung rugi,tolak ansur dibenarkn tp bukan dlm soal yg melibatkn prinsip.masa itu wang & melepaskannya bermakna membuang keuntungan serta menolak kekayaan,mereka tidak suka membuang masa,apabila bekerja mereka akan memberikan sepenuh tumpuan,sebab itulah org cina bergerak pd kadar yg laju,makan laju & cakap pun laju..berniaga adalah satu bidang yg penuh dgn risiko,oleh itu setiap perniagaan perlu dilakukan dgn bersungguh2,bukan secara sambil lewa.org yg berani perlu berani mencuba,meneroka & memajukan perniagaannya.musuh utama peniaga adalh takut hendak bersaing,mencari bisnes baru & menghadapi kegagalan jadi dgn prinsip ini 'biar kalah tp jangan gagal'..

Ahad, 6 Februari 2011

jalan2

sempena taun baru cine ni..lama xmakn angin,gila kerja je punye la tahun lepas..tujuan holiday kalini ke selatan tanah air..dari kg ke senawang,singgah makan jap..pagi2 buta dh gerak,jalan xberape jem so kire sampai dataran senawang kire org lain bekpes..hahaha..segar bugar dh pekene n.lemak kopiO..gerak ke mlake trus ke banda hilir..mujur xujan,kalo x tu,memerap je kt dalam kapal.hehe